Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh
Ba'da tahmid dan selawat
Syukur kepada Allah yang masih mengurniakan nafas kepada kita untuk segera memperbaharui taubat.
Rasanya saya sudah menemui Kekasih yang jauh lebih baik daripada awak. Yang tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Yang bersedia memerhatikan dan menguruskan saya tanpa henti. Yang selalu bersedia berdua-duaan pada satu per tiga malam yang terakhir. Yang sedia memberikan apa-apa pun yang saya pinta. Dia yang bertakhta, berkuasa, dan memiliki segalanya.
Maaf. Pada saya, awak bukan siapa-siapa jikalau dibandingkan dengan Dia. Awak sangat lemah, kecil, dan kerdil di hadapan-Nya. Saya khuatir apa yang kita lakukan selama ini membuatkan Dia cemburu. Saya takut hubungan kita selama ini membuatkan Dia murka. Padahal, Dia Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, dan Maha Keras seksa-Nya.
Belum terlambat lagi untuk kita bertaubat. Apa yang kita lakukan selama ini pasti akan ditanya oleh Dia. Dia akan marah. Marah kerana kita pernah saling memandang. Marah kerana sedikit sentuhan kulit kita yang belum halal itu. Marah kerana pada suatu ketika saya perlu membonceng motor awak kerana terpaksa. Marah kerana pernah ketetapan-Nya saya adukan kepada awak ataupun lamunan saya selalu membayangkan wajah awak. Dia akan marah. Tetapi, sekali lagi, semuanya belum terlambat. Jikalau kita memutuskan hubungan ini sekarang, moga-moga Dia mahu memaafkan dan mengampunkan kita. Dia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, dan Maha Bijaksana.
Saya sudah memutuskan bagi menyerahkan cinta saya kepada Dia, bukan kepada selain-Nya. Tetapi, bukan hanya saya. Awak juga dapat menjadi kekasih-Nya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan. Salah satu caranya, kita perlu jauhi semua larangan Dia termasuk dalam soal hubungan kita ini. Insya Allah, Dia ada perancangan yang indah untuk masa hadapan kita. Apabila awak selalu berusaha menjaga diri daripada hal-hal yang dibenci-Nya, pasti awak akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik daripada saya pada ketika ini. Dia yang akan membantu awak menjaga agama, supaya hidup awak sentiasa dalam kerangka mencari redha Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doa saya untuk awak. Semoga awak juga mendoakan saya.
Saya akan segera menghapuskan nama awak daripada memori masa lalu yang terpesong ini. Tetapi, saya akan tetap menghormati awak sebagai saudara dijalan Allah. Itulah ikatan terbaik. Bukan hanya antara kita berdua, tetapi seluruh orang Mukmin di dunia. Tidak mustahil itu akan mempertemukan kita dengan Rasulullah saw di telanganya, lalu Baginda saw pun memberikan kita minum air yang lebih manis daripasa madu, lebih lembut daripada susu, dan lebih sejuk daripada air batu. Tidak baik rasanya saya berlama-lama menulis surat ini. Saya takut akan merosakkan hati. Catatam terakhir saya pada surat ini adalah, doa keselamatan di dunia dam akhirat ssekali gus tanda berakhirnya hubungan haram kita ini, insya Allah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Comments
Post a Comment