JS Associates (JSA) telah berjaya menganjurkan Program Qiamulail buat kali ke-4 tahun ini iaitu pada 19 hingga 20 October 2012. Untuk kali ini program diadakan di Surau Al-Mizan, Presint 8 Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan keimanan, merapatkan ukhuwwah di kalangan staf-staf JSA dan menambah ilmu pengetahuan mengenai isu Palestin. Semua staf JSA iaitu seramai 4 staf lelaki dan 5 staf wanita serta 3 pelatih (trainee) telah menyertai program qiamulail ini yang bermula jam 6 petang hari Jumaat dan berakhir 7.30 pagi hari Sabtu. Program bermula dengan sesi senaman petang iaitu peserta lelaki bermain badminton di Dewan Badminton Presint 14 Putrajaya manakala peserta wanita membuat persiapan untuk berbuka puasa. Kemudian peserta bersiap untuk berbuka puasa dan jamuan makan malam selepas solat maghrib iaitu di Pejabat JSA. Selepas peserta menunaikan solat isya’ berjemaah, program diteruskan dengan slot utama program iaitu Perkongsian tentang Isu Palestin dan Aqsa 2 Gaza yang disampailkan oleh Pengerusi Aqsa Syarif Subang Jaya, Dr Tengku Shahrom Tengku Shahdan. Pada awal pagi esoknya pada jam 4.30 pagi peserta program telah bangun beribadah secara bersendirian sehingga solat Subuh berjemaah bersama jamaah Surau Al-Mizan. Kemudian peserta program mendengar Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Imam Masjid Al-Mizan Putrajaya, Ustaz Redha yang diuruskan oleh Pihak Surau Al-Mizan. Kemudian, pihak Surau Al-Mizan menjemput kami para peserta bersarapan bersama dengan jamaah surau. Disediakan oleh,
Ahmad Nizam Samsudin
Tax Dipartment , JSA Putrajaya
Comments
Post a Comment