Siapakah Dia???

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia, 
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa 
Dia memang sentiasa kelihatan penat 
Matanya penat kerana membaca 
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati 
Baginya, dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata 
Kita hambaNYA adalah pelakon 
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti 
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat 
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa 
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga 
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan 
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri 
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga 
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali 
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta 
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai Dia kerana agamanya 
dan kerana cintanya kepada Maha pencipta..
Andai Dia hilangkan cintaNYA, 
maka hilanglah cintaku pada Dia,
Maha Pencipta mendekatkan aku pada Dia, 
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih Dia..

Siapakah Dia..??? 
Aku juga tidak mengetahui siapakah Dia jodoh ku 
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu 
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku 
Semoga aku bertemu jodoh dengan Dia 
Kerana.. Dia pilihan ku..

YANG KU DAMBAKAN… 
Aku MENCINTAI orang yang MENCINTAI ALLAH..

Comments