Tamatnya Hari Bujangku



Alhamdulillah. Aku akan mengakhiri hari bujangku pada 17 Mei 2014 jam 10 pagi di Surau Balai Islam Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Moga ianya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Swt. Hari ini akan menjadi hari bersejarah dalam hidupku kerana aku akan berkahwin dengan pasangan yang tidak pernah ku kenali selama ini. Ia muncul dalam hidupku tanpa diduga. Aku mengharapkan penerimaan aku ini adalah takdir dari Allah Swt bukannya datang dari nafsuku semata-mata.

Walaupun pertemuan ini disusun oleh kedua2 ibu bapa aku dan pasangan, tetapi aku percaya ia ada satu jodoh yg sgt kuat yg telah ditakdirkan oleh Allah Swt. Aku menerima seadanya dengan tunduk dan patuh kepada Allah Swt. Walaupun hatiku merasa sukar untuk menerimanya kerana ia tidak memenuhi kriteria wanita idamanku, tetapi aku percaya Allah maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat disebalik jodoh ini.

Aku mengharapkan pasanganku ini adalah wanita solehah dan taat serta tunduk kepada perintah Allah Swt. Kerana dgn taatnya ia kepada perintah Allah, maka secara tidak langsungnya dia akan mentaatiku. Aku ingin wanita yang mampu mentaatiku kerana aku akan menjadi seorang pemimpin. Aku ingin memimpin keluargaku kearah Islam yang sebenarnya. Aku tidak mahu menjadi Islam ikut-ikutan. Solat dilakukan tetapi hanya sekadar rutin atau tanggungjawab harian. Aku inginkan solat yang sebenarnya, solat yang mampu mencegah seseorang hamba itu dari melakukan perkara keji dan mungkar. Seterusnya ditambah dengan amalan2 lain tetapi pokoknya solat itu menjadi tunggak kepada islam itu sendiri. Jika solatnya hebat, maka hebatlah orangnya.


Comments